Monday, December 13, 2010

Sek. Ren. Islam (SRI) Al-Rahmat



SEJARAH SEK. REN. ISLAM (SRI) AL-RAHMAT

            Pada 13.2.1992 PAS cawangan Solok Gaong dengan kerjasama ahli-ahli PAS yang lain telah dapat mendirikan sebuah bangunan sekolah 2 tingkat yang berharga RM200,000 (dua ratus ribu ringgit). Bangunan ini siap didirikan pada 30.11.1992.

            Sekolah ini dinamakan Madrasah Al-Rahmat bersempena dengan nama penderma tanah di mana bangunan didirikan iaitu Pn. Hajjah Fatimah Bte Rahmat.

            Ahli Lembaga Bangunan Madrasah Al-Rahmat Solok Gaung Bukit Lintang Melaka.

Pengerusi          :          Tuan Hj. Mohd Diah B. Abdul
Setiausaha         :         Tuan Hj. Abd. Jalal B. Md. Akib
Bendahari          :         Tuan Hj. Zainal Bin Md. Jani
AJK                     :         Tuan Hj. Abbas Bin Cek’ Mat
                                      Tuan Hj. Abd. Latif Bin Wat
                                      Tuan Hj. Hashim Bin Yaakub
                                      En. Bahari B. Saleh
                                      En. Hilaluddin B. Abbas
                                      Tuan Hj. Husin B. Kasim

            Pada tahun 1993 Madrasah Al-Rahmat memulakan sejarahnya seorang mudir dan 2 orang guru dengan bilangan pelajar 21 orang. Mudir pertamanya Ustaz Mohd. Ali Bin Syarif.

            Sehingga pada tahun 1996 Madrasah Al-Rahmat bertukar nama kepada Sek. Ren. Islam (SRI) Al-Rahmat dengan mudir keduanya, Ustaz Mohd. Khairi Bin Abd. Aziz.

            Pada tahun ini 2010, SRI Al-Rahmat mempunyai 218 orang pelajar dengan bantuan 12 orang guru. Pelajar yang tamat di SRI Al-Rahmat boleh meneruskan pengajian di Sek. Men. Islam (SRI) Al-Rahmat.

            Pada tahun ini SRI Al-Rahmat mempunyai 250 palajardengan bantuan 14 orang guru. Mudirnya Ustaz Kamaruddin Bin Hj. Sidah.




AHLI LEMBAGA SRI AL-RAHMAT

Penaung           :           Prof. Dato Dr. Haron Bin Din
Pengerusi          :          Tuan Hj. Mohd. Diah Bin Abdul
N. Pengerusi     :          Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ahmad
Bendahari         :          Tuan Hj. Shaari Bin Hj. Abbas
Setiausaha        :          Encik Amran Bin Hj. Zainal
AJK                      :          Tuan Hj. Zainal Bin Md. Jani
                                        Tuan Hj. Abbas Bin Che’ Mat
                                        Tuan Hj. Hashim Bin Yaakub
                                        Tuan Hj. Abd. Jalal B. Md. Akib
                                        Tuan Hj. Abd. Latif Bin Wat
                                        En. Hilaluddin B. Abbas
                                        Tuan Hj. Kamaruddin Bin Abd. Aziz
                                        En. Dahlan Bin Hj. Mohd. Diah
                                        En. Jalaluddin Bin Md. Diah
                                        En. Zainuddin Bin Hj. Zainal




VISI (WAWASAN SEKOLAH)

Sekolah Rendah Islam Al-Rahmat akan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum; sahsiah islamiah dan kokurikulum pada tiap tahun.




MISI

Untuk mencapai kecemerlangan tersebut, seluruh warga sekolah akan berusaha :
(a)    Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
(b)   Memastikan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
(c)    Memupuk sahsiah islamiah dan agama kepada semua pelajar
(d)   Sentiasa bekerjasama dengan masyarakat setempat
(e)    Melaksanakan pengurusan yang cekap, inovatif dan kreatif




ASAL USUL SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI)

Konsep SRI (Sekolah Rendah Islam)
            SRI ringkasan dari Sekolah Rendah Islam menekankan satu sistem pendidikan yang bersepadu (integrasi) di antara 2 bidang ilmu iaitu ilmu Naqliyy (bersumberkan ilmu wahyu – Al-Quran dan As-Sunnah) dan ilmu aqliyy (bersumberkan pemikiran rasional). Penguasaan terhadap bidang-bidang ilmu ini akan dapat mengembangkan potensi-potensi yang ada di dalam diri manusia sehingga dapat melahirkan keperibadian muslim mukmin yang memahami matlamat dan tanggungjawab sebagai hamba khalifah.
            Penekanan pendidikan di dalam SRI ialah penghayatan aqidah di dalam kehidupan. Ini bermakna dengan ilmu aqliyy manusia dapat mengatur dan menguasai alam serta dapat membangunkan bumi secara moden, namun seluruh kehidupan yang dibina itu sentiasa tunduk dan patuh kepada panduan wahyu yang wujud di dalam ilmu naqliyy.
            SRI menawarkan 2 tahap pendidikan iaitu tahap 1 bermula dari tahun 1/2/3 dan tahap 2 dari tahun 4/5/6. Ini berdasarkan isyarat yang difahami di dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
            “Suruhlah anak-anakmu bersembahyang apabila umurnya tujuh tahun. Dan pukullah apabila umurnya sepuluh tahun.”
            Ini menunjukkan umur 7-9 tahun adalah satu tahap pendidikan bagi kanak-kanak supaya mereka dilatih dengan ibadat. Umur 10 tahun ke atas pula merupakan satu tahap pendidikan yang lebih tegas sebagai persiapan bagi mereka menghadapi tahap aqil baligh.
            Oleh iu, SRI menentukan 2 tahap pengajian iaitu Tahap 1 (Tahun 1/2/3) bagi pelajar-pelajar berumur 7-9 tahun dan Tahap 2 (Tahun 4/5/6) bagi pelajar-pelajar berumur 10 dan 12 tahun.

Matlamat
            Membina ummat yang mempunyai syakhsiah dan pemikiran Islam, menghayati Islam dalam kehidupan serta peka terhadap perjuangan Islam dan ummatnya.

Objektif
§         Menyediakan satu suasana pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai penerusan daripada didikan pra-sekolah yang telah sedia ada.
§         Memberi khidmat kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam selaras dengan kecenderungan masyarakat kepada Islam kini.
§         Menarik kepekaan masyarakat Islam di dalam memberi sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan Islam khususnya dibidang pendidikan.




Isi Pelajaran  

  • Kutbah/syarahan
  • Perbahasan
  • Forum/Diskusi/Dialog
  • Usrah
  • Tamrin
  • Rehlah
  • Perkemahan
  • Persatuan/Jamaah         : Konsep/Tujuan Jamaah
: Konsep Pemimpin dan Kepimpinan
: Konsep orang yang dipimpin
: Tugas dan tanggungjawab pemimpin dan ahli
: Struktur organisasi
: Tugas
: Aktiviti dan Perancangan
-         Persatuan Akademik : Berdasarkan mata pelajaran yang diajar di sekolah seperti Persatuan Bahasa Arab, Ulumuddin dan sebagainya.
-         Persatuan Bukan Akademik : seperti Persatuan Seni Lukis, Persatuan Kraftangan, Persatuan Falak Syarie, Persatuan Rekacipta, Persatuan Kembara dan sebagainya.
-         Persatuan Beruniform : seperti Amatul Banin, Amatul Banat, Putera/Puteri Islam, Pertolongan Cemas dan sebagainya.

Senarai Nama Guru Dan Kakitangan Sekolah 2006

A-Guru
1. Ustaz Mohd. Khairi Bin Abd. Aziz                       -Mudir
2. Ustaz Mazlan Bin Ibrahim                                    -Guru Penolong Kanan 1
3. Cikgu Latifah Bte. Mohamed                               -Guru Penolong Kanan2,Guru Thn 6
4. Ustazah Safina Bte. Hj. Hashim                           -Guru Tahun 5
5. Cikgu Noor Hafinizan Binti Zainal Badri               -Guru Tahun 4
6. Ustazah Afifah Bte. Hj. Mohd. Diah                     -Guru Tahun 3
7. Cikgu Rohanem Bte. Jaafar                                  -Guru Tahun 2
8. Ustazah Aminah Bte. Ahmad Mokhtar                 -Guru Tahun 1
9. Ustaz Sulaiman Bin Abu Karim                            -Guru Mata pelajaran
10. Ustaz Jamaluddin Bin Paimin                              -Guru Mata pelajaran
11. Ustaz Shamsuddin Bin Husin                              -Guru Mata pelajaran
12. Ustaz Ahmad Faidzal Hj. Abdul Latif                 -Guru Mata pelajaran
13. Puan Norsiah Bte Atan                                      -Kerani & Guru Mata pelajaran Khas


SRI Al-Rahmat
KM 11, Kg. Solok Gaong,
Bukit Lintang,
75460 Melaka.
Pejabat : 06-2688272
Fax : 06-2688272